ZAMIR melangkah keluar dari balai pelepasan KLIA, dia membuka cermin mata hitam dan diletakkan di atas kepala bagi menahan rambutnya dari menyentuh dahi. Beg ditangan dipegang erat sambil mata melilau mencari sesuatu. Bibir mula mengukirkan senyuman apabila terlihat kelibat Shahzran, abang saudaranya. Shazran tidak menyedari kehadiran Zamir kerana sedang leka menaip sms, kadang-kadang tersenyum sendiri. Zamir memerhati gelagat Shahzran.
     "Lama tunggu?" sergah Zamir dengan senyuman yang penuh makna terukir dibibir merahnya. Handphone yang dipegang Shahzran hampir terlepas akibat terkejut dari sergahan Zamir tadi. 
     "Hey Bro, baru sampai? Ada jugak lah dua jam aku tunggu kau." jawab Shahzran selambar sambil tangan mengurut dada. Setelah handphone selamat didalam poket seluar, Shahzran bersalaman dengan Zamir sambil mereka bertanya khabar. Berkerut dahi Shahran melihat senyuman yang tidak lekang dari bibir Zamir, dia sememangnya kenal dengan senyuman nakal itu. 
     "Kau ni kenapa asyik senyum je dari tadi?" terluah juga soalan itu setelah agak lama masing-masing mendiamkan diri. Kereta Peugeot RCZ berwarna putih milik Shahzran terus memecut laju membelah jalanraya. 
     "Bukan apa Bro, aku tak pernah tengok kau senyum sorang-sorang macam tadi. Kemaruk cinta ke apa kau ni?" senyuman Zamir makin lebar, matanya memandang tepat ke wajah Shahzran. Shahzran sekali-sekala menjeling kearah Zamir, dan membalas senyuman itu tanpa menjawab soalan Zamir. Tetapi dari senyuman itu Zamir seperti dapat meneka jawapan dari Shahzran.
     "Sebenarnya kau darimana ni? Berbaju melayu bagai?" sambung Zamir. Shahzran jarang berbaju melayu melainkan hari raya atau hari-hari tertentu sahaja.   
     "Kau tahu lah nanti." jawab Shahzran ringkas. Berkerut dahi Zamir, penuh dengan persoalan. Zamir menoleh memandang keluar tingkap sebelah kirinya, dia membiarkan persoalan itu bermain dibenak fikirannya. Shahzran menekan minyak, jarum meter bergerak menunju ke 180km/h.
     "Kalau macam ni kau bawa kereta, alamatnya tak kahwinlah aku". kata-kata Zamir dibalas dengan ketawa Shahzran. 
     "Relax lah Zam, baru 180. Alah..macam kau tak biasa!" Shahzran tersengih menampakkan segaris gigi putih miliknya. 
     "Itu zaman muda aku dulu Shah, sekarang aku dah tua. Lagipun aku belum kahwin. kalau iya pun kasilah aku kahwin dulu." Shahzran membelokkan keretanya dan berhenti dihadapan tandas Pertonas.  
     "Kau nak kahwinkan? Nah! Pergi tukar baju ni.. cepat!" Shahzran menghulurkan pakaian yang dibungkus dengan beg plastik. Dahi Zamir berkerut seribu, matanya memandang tepat ke wajah Shahzran tanpa berkelip. 'Biar betul Shah ni? Dia betul-betul nak bagi aku kahwin ke? aku gurau je tadi.' Bisik hati Zamir.
     "Dah! Kau jangan banyak tanya, kau ambil je baju ni pergi tukar sekarang. Aku tak banyak masa ni. Nanti kau tahu lah.." pintas Shahzran belum sempat Zamir bersuara. Shahzran menjeling jam tangannya. Zamir memandang beg plastik yang dihulur Shahzran lalu mengambilnya. Perlahan-lahan tahannya membelek beg plastik itu.
     "Zam, cepatlah!" tegur Shahzran.
     "Aku tak faham apa sebenarnya kau..."
     "Nanti kau akan tahu jugak, sekarang ni kau ikut je cakap aku." kata-kata Shahzran mematikan soalan Zamir, tanpa membuang masa Zamir turut sahaja kehendak Shahzran walaupun fikirannya masih bercelaru. 'apalah yang kau rahsiakan dari aku, Shah? Huh!' keluh Zamir.




BAB 1
     PENUH kereta diperkarangan rumah Zamir, hampir tiga puluh biji buah kereta. Sebaik sahaja kereta Shahzran berhenti, Zamir terus melangkah keluar.
     "Majlis apa yang berlangsung dirumah parents aku ni Shah?" sekian lama berdiam, akhirnya terpacul juga soalan dari mulut Zamir. 
     "Kau jangan bimbang, bukan sambut majlis kematian pun." jawab Shahzran. Sempat lagi bergurau.
     "Kau jangan main-main Shah, aku serius ni." jantung Zamir berdegup kencang, tak tahu kenapa tiba-tiba hatinya jadi tidak keruan. Shahzran perasan akan perubahan sikap Zamir, dari tadi dia banyak termenung. Tanpa berlengah Zamir melangkah laju memasuki kawasan banglo mewah dua tingkat milik bapanya. Hampir tiga tahun dia tidak menjejakkan kaki dirumah itu. Mungkin kepulangannya memang dinantikan, disebabkan itu bapanya membuat majlis menyambut kepulangannya. Fikir Zamir.
     Apabila Zamir menjejakkan kaki kedalam rumah, semua mata tertumpu pada dirinya. Gugup benar apabila dia diperhatikan sebegitu. Kaku langkahnya, Zamir memandang setiap wajah tetamu yang hadir silih berganti. Wajahnya yang putih bertukar menjadi kemerah-merahan. Terbeliak matanya apabila terlihat sekujur tubuh langsing milik seorang gadis, gadis itu berbaju kebaya merah gelap yang sama warna dengan baju melayu yang dipakainya. Ya, memang sama warna. Dia amat mengenali gadis ayu itu. 'Nat' perlahan suara Zamir menyebut nama gadis itu. 
     "Along, marilah masuk. Buat apa tercengat depan pintu tu?" Teguran Datin Zahraa mematikan lamunan Zamir, dia terus mendapatkan ibunya. Selepas bersalaman, dia mencium pipi ibunya. Rindu benar dia dengan ibunya.
     "Rindunya mama dengan anak mama ni.." bisik Datin Zahraa. Zamir menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup manis untuk ibunya tersayang, dengan senyuman itu mampu melunturkan hati seribu gadis. 
     "Along lagi rindukan mama. Kalau ikutkan hati, Along nak bawa mama sekali ke UK sebab taknak berpisah lama-lama dengan mama" balas Zamir memeluk manja tubuh ibunya, melepaskan rindu. Dato' Khairuddin menepuk bahu Zamir dari belakang, Zamir menoleh lalu bersalaman dengan bapanya. 
     "Akhirnya pulang juga anak sulung papa.." kata-kata Dato' Khairuddin membuatkan senyuman Zamir makin melebar. Datin Zahraa berlalu kedapur meninggalkan suami dan anaknya.
     "Mari ikut papa." sambung Dato' Khairuddin belum sempat Zamir bersuara. 
     "Papa buat semua ini sebab papa sayangkan kau, Zam. Kau satu-satunya anak lelaki dalam family kita" mereka duduk didalam bilik bacaan, yang terletak tidak jauh dari ruangtamu. Zamir dapat menjangka sesuatu yang tidak kena dari gerak geri dan kata-kata bapanya. 
     "Ya pa, Along tahu. Tapi tak perlulah papa nak sambut kepulangan Along sampai majlis besar-besaran macamni. Cukuplah family kita je." Dato' Khairuddin memandang tepat keanak mata Zamir. Seakan mencari kekuatan untuk meneruskan kata-katanya.
     "Zam, papa bukan buat majlis hanya menyambut anak sulung papa je.." Dato' Khairuddin menghembus nafas perlahan, raup wajahnya seperti menyembunyikan sesuatu. Zamir membalas pandangan redup mata bapanya mencari jawapan. 
     "Tapi sambut majlis pernikahan anak sulung papa juga." terkejut Zamir mendengar. 'majlis pernikahan? anak sulung? aku ke? papa ada anak sulung lain ke selain aku?' Zamir kebingungan walaupun dia tahu yang dimaksudkan bapanya adalah dia, tetapi dia seakan tidak percaya.
     "Maksud papa? Pernikahan.. siapa?" soal Zamir seperti orang bodoh.
     "Pernikahan Zam dengan Siti." jawab Dato' Khairuddin. Zamir terdiam.
     "Papa minta maaf sebab tak minta persetujuan kau terlebih dulu, kami dah rancang lama. Mama kau nak sangat menantukan Siti Natrisya tu. Tolong jangan hampakan impian mama, Zam." lembut suara Dato' Khairuddin memujuk. Zamir mengeleng, dia seakan tidak percaya apa yang berlaku hari ini. Bagaikan mimpi, mana mungkin dia memperisterikan Siti Natrisya yang dianggap seperti adik kandung sendiri. Sedangkan hatinya langsung tidak mencintai gadis itu walaupun hakikatnya dia tahu yang Siti Natrisya seorang yang baik hati dan lemah lembut orangnya. 
     "Tidak pa.." sayup kedengaran suara Zamir. Zamir menundukkan wajahnya memandang lantai.
     "Along tak cintakan dia, sepatutnya papa tanya pendapat Along dulu. Kenapa papa dan mama buat keputusan tanpa persetujuan Along?" nafas Zamir mula sesak. Tidak boleh menerima semua ini.
     "Kenapa papa dan mama sanggup buat Along macamni?" tanya Zamir lagi.
     "Zam kena faham, papa takut Zam tak terima permintaan kami.. papa buat semua ni demi kebahagian Zam. Papa tahu.." belum sempat Dato' Khairuddin meneruskan kata-katanya dipotong Zamir.
     "Papa pun tahu Along takkan terima permintaan tu, kenapa papa buat juga?"
     "Zam, dengar kata papa dulu."
     "Tak! Along tak akan kahwin dengan Nat." bantah Zamir.
     "Zam, ini permintaan terakhir kami.. tolong lah kali ni..." Zamir bangun dari duduknya dan terus melangkah pergi tanpa memperdulikan kata-kata bapanya.
     "Zam! Dengar cakap papa dulu! Zam!!" panggilan Dato' Khairuddin langsung tidak diperdulikan Zamir. Yang bermain difikirannya sekarang, dia harus segera beredar dari situ sebelum apa-apa yang tidak diingininya terjadi. Terkilan Dato' Khairuddin dengan sikap degil Zamir. Tanpa memperdulikan sesiapa Zamir terus melangkah pergi meninggalkan banglo mewah dua tingkat milik bapanya.




BAB 2
     Huh! Keluhan demi keluhan yang kedengaran dari bibir jejaka kacukan arab melayu itu. Sejak dari Maghrib tadi Zamir termenung duduk dibalkoni bilik tidur. Masa berlalu begitu pantas, hampir tiga bulan Zamir menyewa di apartment itu seorang diri. Memikirkan apa yang telah terjadi tiga bulan lepas, benar-benar membuat dia rasa bersalah. Kerana tindakannya yang terburu-buru telah melukai hati papa dan mamanya. 
     "Apalah kau ni Zam, sepatutnya kau ikut je cakap parent kau.. kahwin jela dengan Nat tu! Apa susah, bukan kahwin dengan anak raksasa pun. Nat tu budak baik bukannya budak jahat." masih tergiang-giang kata Alan dalam telinga Zamir. 'Aku ni pun satu, suka buat keputusan terburu-buru. Tanpa fikir panjang. Tengok sekarang aku dah kecewakan hati mama dan papa kesayangan aku. Apa nak jadi dengan aku ni? Hasihh...' bisik Zamir dalam hati. 
     "Tapi aku langsung tak ada hati kat Nat, macam mana aku nak terima dia jadi isteri aku Lan? Kau cakap senanglah, aku yang menangung!" Alan mengeleng mendengar kata-kata Zamir.
     "Ala.. Zam.. belajar sampai oversea, takkan hal kecil macamni pun kau tak boleh nak handle? Kalau aku jadi kau, aku kahwin je dengan Nat tu. Cinta boleh dipupuk selepas kahwin. Lagipun si Nat tu baik, ciri-ciri wanita solehah ada pada dia. Siapa yang taknak wei? Rugi kalau lepaskan." Alan sengih menampakkan giginya yang bersepah. 
     "Kalau kau minat sangat dengan Nat tu, kau jela kahwin dengan dia." kata Zamir malas nak layan karenah Alan. Alan menganguk-ganggukkan kepala tanda setuju dengan kata-kata Zamir.
     "Tapi Zam, aku ni mana ada handsome macam kau. Mesti Nat taknak dengan aku." wajah Alan muram, konon-konon nak buat drama sedihlah.
    "Parents kau kayakan, kau pergi buat perbedahan plastik. Kasi handsome sikit, macam artis K-Pop. Dan satu lagi, gigi kau tu jangan lupa buat juga." sampuk Shaid. Suasana bising dengar ketawa diorang. 'Kalau lah aku tahu semua ni nak terjadi dari awal lagi, aku akan tangguhkan kepulangan aku. Aku tak sepatutnya pulang awal, tengok sekarang dah jadi seperti yang tidak dijangka. Huh!' keluh Zamir lagi. Tersentak Zamir dari lamunannya apabila handphonenya berdering nyaring memecah kesunyian. Handphone diatas meja diambil, nama 'Nat' tentera diskrin handphone.
     "Nat? Kenapa dia call aku time gini?" terpacul soalan itu dibibir Zamir. Zamir teragak-agak hendak menjawab panggilan dari Siti Natrisya. Agak lama dibiarkan panggilan itu berdering berkali-kali, akhirnya Zamir menekan punat handphonenya menjawab panggilan Siti Natrisya. Kesian juga dibiarkan Siti Natrisya call tanpa henti-henti.
     "Hello.. Assalamualaikum." sayup mendengar suara Siti Natrisya dicorong handphone.
     "Abang..." panggil Natrisya. Senyap, tiada suara yang menyahut panggilannya. Zamir menjadi serba salah mendengar suara Siti Natrisya.
     "Assalamualaikum bang... Abang Zam tolonglah bersuara" panggil Siti Natrisya lagi setelah salamnya tidak dijawab. Mengharap Zamir menyahut panggilannya. Siti Natrisya tersenyum mendengar keluhan Zamir, sememangnya dia tahu Zamir memang gemar mengeluh walaupun hanya kerana perkara kecil. 
     "Waalaikumussalam." suara Zamir acuh tak acuh.
     "Abang, Nat nak jumpa abang ecok boleh tak? Ada hal penting yang perlu kita bincangkan." Zamir hanya berdiam. 
     "Please.. dah banyak kali Nat cuba call abang, tapi abang macam nak lari dari Nat. Kenapa bang? Nat ada buat salah ke? Kalau Nat ada lukakan hati abang, Nat minta maaf sangat-sangat. Nat nak jumpa abang ecok.. please.." Siti Natrisya berharap sangat Zamir setuju untuk berjumpa dengannya. Sesungguhnya dia teramat sangat merindu jejaka itu. Dari pertemuan pertama mereka, Siti Natrisya sudah menaruh hati pada Zamir. Tetapi hanya hatinya sahaja yang tahu bertapa dalamnya cintanya, biarlah tak siapa pun yang tahu. Begitu lama dia memendam perasaan itu sendirian, cukup menyakitkan. 
     "Nat.. abang bukan apa. Abang sebenarnya...hurm..." kata-kata Zamir menemui jalan buntu. Zamir tidak sampai hati nak melukakan perasaan Siti Natrisya, dah terlalu banyak hati yang telah dia sakiti. 
     "Nat nak jumpa abang esok.. please..tolonglah abang setuju" rayuan Siti Natrisya. Terdengar lagi keluhan dari Zamir, tapi kali ini kedengaran keluhan itu agak berat. Mungkin Zamir benar-benar tersepit untuk membuat keputusan. 
     "Nat kena faham yang abang dah lukakan hati ramai orang. Bukan abang taknak jumpa, tapi abang taknak lukakan hati Nat. Abang hanya anggap Nat seperti adik kandung abang sendiri, tak pernah lebih dari tu." Siti Natrisya harus tahu semua ini. Zamir takut Siti Natrisya salah anggap tentang perasaannya, dia taknak Siti Natrisya fikir yang dia bencikan gadis itu, tidak sama sekali. Siti Natrisya cuba mengawal emosinya agar Zamir tidak tahu yang hatinya kini sedang menangis. Mendengar pengakuan dari Zamir tadi benar-benar telah merobek hatinya, tanpa disedari airmata telahpun membasahi pipi gebunya. Jika diikutkan hati, mahu sahaja dia menjerit meluahkan isi hatinya. 
     "Abang..."  hanya itu mampu disebut Siti Natrisya, dia sedaya upaya menahan sendunya. Terasa sesak nafas, sungguh perit apa yang dilaluinya kini. 'Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini' doa Siti Natrisya dalam hati lalu dia menarik nafas panjang dan dihembuskannya perlahan-lahan.
     " Abang.. kita perlu jumpa esok. Takkan kita nak bincangkan hal ni dalam handphone? Walau apapun alasan abang, Nat tetap akan tunggu abang kat Starbuck Plaza Mont Kiara esok, jam 10 pagi. Assalamualaikum." Siti Natrisya mematikan panggilan, belum sempat Zamir memberi kata putus.




BAB 3
     KRINGGGG!!!! Jam handphone Zamir berbunyi nyaring. Zamir membuka sedikit kelopak matanya lalu tangannya meraba-raba meja kecil yang terletak disebelah katil mencari handphone. Jam tepat 9 pagi. Setelah jam handphone dimatikan, Zamir bangun dan duduk dibirai katil. Mukanya ditekup berulang-ulang kali sebelum ke bilik mandi.
     Zamir menyarung baju t-shirt biru laut dan seluar jin lusuh. 'Handsome juga aku ni' bisik Zamir sambil tersengih menilip wajahnya dicermin. Pagi-pagi sudah ditimpa perasaan. Jam ditangan dipandang sekali imbas. "Alamak! Dah lambat!" Zamir bergegas ke keretanya. Dia sememangnya tidak suka membuat orang menunggu lama. Zamir sempat membeli surat khabar di 7eleven sebelum memasuki kedai Starbuck. Surat khabar diselak satu persatu, mencari berita yang menarik. Tetapi hampa, tiada satu berita pun yang menarik minatnya. Sedikit demi sedikit air Caffe Mocha dihirup, air sudah tinggal separuh tetapi orang yang ditunggu tidak sampai lagi. Sekali-sekala jam ditangan dijeling dan matanya melilau mencari kelibat Siti Natrisya, risau-risau dah sampai. Namun batang hidung gadis itu belum kelihatan juga. Dah lah dia tidak suka menunggu orang. "Mana perempuan ni? Aku ke atau dia yang nak jumpa ni? Kalau aku tahu macam ni baik aku tak payah datang tadi. Perempuan ni kalau berdandan memang lama. haish!" getus hati Zamir. Mata Zamir tertumpu pada wajah model yang menghiasi satu muka surat dibahagian tengah muka surat khabar. 'Cantik' terdetik dalam hatinya. Senyuman terukir dibibir tanpa dia sedari.
    
     "Wei Mas, cuba kau usha mamat dekat sebelah kiri table kita ni." Riena berbisik pada Mastura sambil mulutnya muncung menunjuk kearah jejaka itu. Mata Mastura laju sahaja memandang kearah Zamir yang sedang asyik membaca surat khabar.
     "Handsome!" Puji Mastura ikhlas. Dia memandang Riena dengan senyuman nakal, Riena turut tersenyum. Mastura membetulkan kedudukannya, sekali sekala matanya beralih ke Zamir. Begitulah sikap Mastura, pantang melihat lelaki handsome mula lah nak mengatal.
     "Kau jangan nak mengatal pulak. Aku yang nampak dulu, so dia aku yang punya." amaran dari Riena. 
     "Eh dia belum jadi kau punya secara rasmi okey, jangan nak perasan! Kita tengok jela siapa yang dapat." Mastura mengenyitkan sebelah matanya pada Riena. Riena mula mencebik. Dia kenal benar dengan sikap Mastura. 
     
     Siti Natrisya berdiri dihadapan Starbuck mencari kelibat seseorang. Saat matanya tertumpa pada Zamir, senyuman terus terukir dibibir. Walaupun Zamir duduk cara bersahaja tetapi dimata Siti Natrisya nampak cukup bergaya. Tubuh badannya yang tegap serta wajahnya yang tenang membuatkan Siti Natrisya makin tertarik padanya. Hampir tiga tahun dia memendam rindu pada jejaka itu, tidak terluah oleh perkataan. Tersiksa benar menahan penderitaan rindu yang bersarang sekian lama dalam hatinya. Biarlah dia sahaja yang tahu tentang perasaan cintanya terhadap Zamir. Dengan langkah yang sopan, Siti Natrisya terus mendapatkan Zamir.
     "Assalamualaikum, sorrylah buat abang tunggu lama." Sapa Natrisya sopan dan cukup mesra. Zamir tersentap, entah berapa lama dia termenung merenung wajah cantik model didalam surat khabar itu. Sebelum surat khabar ditutup rapi dan diletakkan diatas meja, Zamir sempat melihat nama model itu. Nama 'Hanisha' berligar dalam kepala otak Zamir. Senyuman Siti Natrisya dibalas walaupun  senyuman dibibir Zamir kelihatan agak janggal. 
     "It's okay." Balas Zamir bersahaja tanpa menunjukkan reaksi marah mahupun suka. Sukar nak mentafsir apa yang tersirat difikiran Zamir, tetapi Siti Natrisya tahu Zamir memang tidak suka menunggu lama. Mungkin dia marah tetapi tidak mahu menunjukkan sikap sebenarnya sebab takut hati Siti Natrisya akan terguris. 
     "Jalan jem betul tadi, sebab tu Nat lambat. Nat minta maaf sangat-sangat." Siti Natrisya menundukkan kepalanya. Mengharap agar Zamir tidak memarahinya.
     "Abang tak kisah pun, Nat. Tapi next time jangan buat lagi. Nat nak minum apa? orderlah." 

     "Mas, mamat at table sebelah kita ni dah ada girlfriendlah. Melepaslah kita."  Kata Riena hampa. 






continue....